Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku,dan masuklah ke dalam surga-Ku. (Surah Al-Fajr Ayat 27-30.)
Assalamualaikum pembaca2 sekelian. Alhamdulillah rasanya sudah seminggu lebih kita merayakan Aidilfitri yang mulia. Setelah sebulan kita melatih diri kita mengawal nafsu,kini sudah tiba hari kemenagan yang sememangnya kita nantikan. Di kesempatan ini juga saya ingin sekali mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri mulia kepada semua pembaca2 blog saya dan juga kepada mereka yang mengenali saya. Seandainya sepanjang pengenalan kita ade yg terasa hati dengan saya,saya dengan rendah hati inigin meminta maaf kepada kalian. L
Akhwat2 sekelian,
Saya tidak mahu berbicara bekenaan hari raya.tetapi pada ptg yang mulia ini saya ingin berkongsi ilmu dengan tuan2 dan puan2 sekelian berkenaan kehidupan antara jiwa yang suci dan jiwa yang kotor.
| Jiwa yang suci | Jiwa yang kotor |
| | |
| 1.Makan = keperluan kesihatan | 1.Makan= Sekenyang-kenyangnya |
| 2.Hiburan = tidak melalaikan | 2.Hiburan : Melalaikan |
| 3.Bermain= kemesraan | 3.Bermain : bertaruh atau berjudi |
| 4.Tidur =Istirehat | 4.Tidur : Sifat malas |
| 5.Bakat =ditampilkan | 5.Bakat : Didewakan atau dibanggakan |
| 6.Ibadat = ikhlas | 6. Ibadat : Terburu-buru |
| 7.Alim = Diwarisi | 7.Alim : Ditonjolkan |
| 8. Ilmu = terasa berkurangan | 8. Ilmu : Disembunyikan atau riak |
| 9.Kaya =Pemurah | 9. Kaya : Tamak |
| 10. Marah=Mendidik | 10. Marah : Pendendam |
| 11.Kuasa = Manfaatkan | 11.Kuasa : Dikuasai nafsu |
| 12. Hidup = Berbakti | 12.Hidup : Hati yang mati |
| 13.Mati = Diingati | 13. Mati : Sia-sia |
Sahabat2 yang saya hormati sekelian,
Daripada 13 perbezaan diatas,dapatlah kita mengetahui yang terdapat banayak perbezaan diantara jiwa yang tenang ( jiwa yang bersih) dan jiwa yang kotor (jiwa yang bercelaru).Secara amnya,apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah jiwa yang suci dan tenang pasti akan patuh kepada ajaran tuhanNya dengan penuh kegembiraan manakala jiwa yang bercelaru dan kotor pula sudah pasti akan mengikut hawa nafsu dan menentang apa yang diturunkan dalam kitabnya.
Sampai di sini sahaja pertemuan kita pada kali ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan.Sila hantarkan komen dan feedback anda.Wallahualam.
(Ulasan dari buku Menjiwai kalimah Allah-Susahnya mendidik diri sendiri)
No comments:
Post a Comment