Sunday, 21 August 2011

Dakwah Fardiyah dan Sifat asas seorang pendakwah

Assalamualaikum W.B.T......Apa khabar pembaca sekelian...Alhamdullilah pada hari nie tercapai gak niat saya utk menulis sebuah blog yang mgkn agak membosankan...hahahaha...:-p

Dakwah fardiyyah....Apa 2 dakwah fardiyah ek...herm...agak lama juga saya memikirkan persoalan sebegini...Sebenarnya,dakwah fardiyyah adalah merupakan salah satu uslub dakwah kepada Allah...Ini bermaksud dakwah fardiyyah membawa kita kepada hubungan peribadi kita kepada sasaran dakwah dan ianya bersifat longterm...berbanding dengan dakwah umum yang lebih kepada orang ramai dan bersifat short term...secara ringkasnya,dakwah fardiyah atau dakwah khusus lebih keoada individu.

Secara kasarnya,dakwah ini terbahagi kepada 2 bahagian :
  1. Lahir daripada individu yang komited dengan jemaah
  2. lahir dari individu yang tidak komited dengan jemaah 
Maidan atau bahasa melayunya jati diri merupakan aspek yang terpentingdi dalam kita berdakwah.Ini kerana kebanyakan manusia akan menilai kita dari pelbagai aspek dan mereka akan menitik berat soal personaliti pendakwah itu sendiri.di sinilah terletaknya kepentingan mentarbiyyah diri sendiri sebelum berdakwah kepada masyarakat luar yang sudah pastinya akan membawa kita kepada cabaran2 dakwah yang pasti sakit dan memeritkan.Di sini personaliti atau sifat asas yang perlu ada pada seorang pendakwah ialah:
  1. Akhlak yang mulia. 
Rasullullah S.A.W sendiri mepamerkan akhlak yang terpuji ubtuk menyebarkan islam.Secara psikologinya,Rasulullah S.A.W menggunakan kaedah yang paling lembut untuk menambat hati kafir Quraish ketika itu.Di dalam sebuah kisah terdapat seorang Yahudi di Mekah bila mana setiap kali Baginda melalaui depan rumahnya,pasti dia akan melemparkan najis dan kotoran keatas baginda sehinggalah satu hari apabila Nabi Muhammad S.A.W melewati rumah yahudi tersebut,tiada lagi lemparan kotoran pada baginda.Baginda berasa pelik lalu bertanyakan kemanakah perginya Yahudi tersebut kepada jirannya.Setelah mengetahui perkara sebenar,barulah Rasulullah S.A.W mengetahui yang Yahudi tersebut sedang sakit lantas baginda melawat Yahudi tersebut.Apa yang berlaku selepas itu ialah Yahudi tersebut memeluk islam setelah melihat keperibadian baginda S.A.W.Dari kisah tersebut,dapatlah difahami bahawa akhlak yang mulia boleh memberi kesan kesan dakwah islamiyah. 

       2.Berani
Maksud berani di sini bukanlah berani membuta tuli tetapi di dalam jiwa mereka mempunyai kekuatan jiwa yang dalam.Tandanya ialah dia mempunyai kesabaran yang tinggi serta bersemangat bila diajak keluar di jalan Allah.Selain itu,mereka juga mempunyai sifat berterus terang,tegas dalam pendirian, tidak hiprokit dan berani mengajui kelemahan dan kekeurangan diri di hadapan Allah dan Manusia.


      3.Pemurah
Bebas dari sifat kikir, bakhil, rakus, tamak dan pentingkan diri sendiri.

     4.Cerdik
Ini dinilai dari sebuah hadis yang menyatakan umat islam tidak akan terjatuh kedalam sebuah lubang yang sama sebanyak 2 kali.selain itu,kisah seorang pendakwah (Abu hanifah kalo tak silap saya) menentang golongan athens (tidak percayakan kewujudan tuhan) bisa sahaja dijadikan contoh.


Alhamdulillah......moga apa yang kalian baca bisa dijadikan pedoman dan menguatkan hati kita semua untuk keluar di jalan Allah...Tak larat nak tulis lagi nie....mengantuk giler baban....hahahahaha...segala komen dan feedback boleh hantarkan kepada saya melalui blog nie...syukran... :-)

No comments:

Post a Comment