Wednesday, 16 November 2011

Never Give Up Generation

Bukalah mata dan pandang ke depan
perjalanan hidup kita yang berliku
sering kali kita terjatuh
namun kita mampu bangkit semula

Yakinlah pada kemampuan kita sendiri
Kuatkan hati dan teruskan berlari
Jangan sekali berhenti mencapai bintang di langit tinggi

Kitakah yang masih upaya
Haruskah kita mengalah
Dengan dugaan yang penuh mencabar

Di sini kita berdiri
Menanti pelangi yang indah
Biarpun ada yang tidak mengerti
tetapi Allah pasti merestui

Bukalah minda demi perjuangan ini
Seluas langit yang menghiasi bumi
Tetapi jangan dilupa
Kita tetap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah

Bangkit dan terbanglah ke destinasi
Biarpun patah sayap janganlah berputus asa
kerana kitalah "Never Give Up Generation."

Wednesday, 7 September 2011

Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku,dan masuklah ke dalam surga-Ku. (Surah Al-Fajr Ayat 27-30.)

Assalamualaikum pembaca2 sekelian.  Alhamdulillah rasanya sudah seminggu lebih kita merayakan Aidilfitri yang mulia. Setelah sebulan kita melatih diri kita mengawal nafsu,kini sudah tiba hari kemenagan yang sememangnya kita nantikan. Di kesempatan ini juga saya ingin sekali mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri mulia kepada semua pembaca2 blog saya dan juga kepada mereka yang mengenali saya. Seandainya sepanjang pengenalan kita ade yg terasa hati dengan saya,saya dengan rendah hati inigin meminta maaf kepada kalian. L

Akhwat2 sekelian,
     Saya tidak mahu berbicara bekenaan hari raya.tetapi pada ptg yang mulia ini saya ingin berkongsi ilmu dengan tuan2 dan puan2 sekelian berkenaan kehidupan antara  jiwa yang suci dan jiwa yang kotor.
Jiwa yang suci
Jiwa yang kotor


1.Makan = keperluan kesihatan
1.Makan= Sekenyang-kenyangnya
2.Hiburan = tidak melalaikan
2.Hiburan : Melalaikan
3.Bermain= kemesraan
3.Bermain : bertaruh atau berjudi
4.Tidur =Istirehat
4.Tidur : Sifat malas
5.Bakat =ditampilkan
5.Bakat : Didewakan atau dibanggakan
6.Ibadat = ikhlas
6. Ibadat : Terburu-buru
7.Alim = Diwarisi
7.Alim : Ditonjolkan
8. Ilmu = terasa berkurangan
8. Ilmu : Disembunyikan atau riak
9.Kaya =Pemurah
9. Kaya : Tamak
10. Marah=Mendidik
10. Marah : Pendendam
11.Kuasa = Manfaatkan
11.Kuasa : Dikuasai nafsu
12. Hidup = Berbakti
12.Hidup : Hati yang mati
13.Mati = Diingati
13. Mati : Sia-sia

   Sahabat2 yang saya hormati sekelian,
    Daripada 13 perbezaan diatas,dapatlah kita mengetahui yang terdapat banayak perbezaan diantara jiwa yang tenang ( jiwa yang bersih) dan jiwa yang kotor (jiwa yang bercelaru).Secara amnya,apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah jiwa yang suci dan tenang pasti akan patuh kepada ajaran tuhanNya dengan penuh kegembiraan manakala jiwa yang bercelaru dan kotor pula sudah pasti akan mengikut hawa nafsu dan menentang apa yang diturunkan dalam kitabnya.
Sampai di sini sahaja pertemuan kita pada kali ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan.Sila hantarkan komen dan feedback anda.Wallahualam. 

(Ulasan dari buku Menjiwai kalimah Allah-Susahnya mendidik diri sendiri)

Sunday, 21 August 2011

Dakwah Fardiyah dan Sifat asas seorang pendakwah

Assalamualaikum W.B.T......Apa khabar pembaca sekelian...Alhamdullilah pada hari nie tercapai gak niat saya utk menulis sebuah blog yang mgkn agak membosankan...hahahaha...:-p

Dakwah fardiyyah....Apa 2 dakwah fardiyah ek...herm...agak lama juga saya memikirkan persoalan sebegini...Sebenarnya,dakwah fardiyyah adalah merupakan salah satu uslub dakwah kepada Allah...Ini bermaksud dakwah fardiyyah membawa kita kepada hubungan peribadi kita kepada sasaran dakwah dan ianya bersifat longterm...berbanding dengan dakwah umum yang lebih kepada orang ramai dan bersifat short term...secara ringkasnya,dakwah fardiyah atau dakwah khusus lebih keoada individu.

Secara kasarnya,dakwah ini terbahagi kepada 2 bahagian :
  1. Lahir daripada individu yang komited dengan jemaah
  2. lahir dari individu yang tidak komited dengan jemaah 
Maidan atau bahasa melayunya jati diri merupakan aspek yang terpentingdi dalam kita berdakwah.Ini kerana kebanyakan manusia akan menilai kita dari pelbagai aspek dan mereka akan menitik berat soal personaliti pendakwah itu sendiri.di sinilah terletaknya kepentingan mentarbiyyah diri sendiri sebelum berdakwah kepada masyarakat luar yang sudah pastinya akan membawa kita kepada cabaran2 dakwah yang pasti sakit dan memeritkan.Di sini personaliti atau sifat asas yang perlu ada pada seorang pendakwah ialah:
  1. Akhlak yang mulia. 
Rasullullah S.A.W sendiri mepamerkan akhlak yang terpuji ubtuk menyebarkan islam.Secara psikologinya,Rasulullah S.A.W menggunakan kaedah yang paling lembut untuk menambat hati kafir Quraish ketika itu.Di dalam sebuah kisah terdapat seorang Yahudi di Mekah bila mana setiap kali Baginda melalaui depan rumahnya,pasti dia akan melemparkan najis dan kotoran keatas baginda sehinggalah satu hari apabila Nabi Muhammad S.A.W melewati rumah yahudi tersebut,tiada lagi lemparan kotoran pada baginda.Baginda berasa pelik lalu bertanyakan kemanakah perginya Yahudi tersebut kepada jirannya.Setelah mengetahui perkara sebenar,barulah Rasulullah S.A.W mengetahui yang Yahudi tersebut sedang sakit lantas baginda melawat Yahudi tersebut.Apa yang berlaku selepas itu ialah Yahudi tersebut memeluk islam setelah melihat keperibadian baginda S.A.W.Dari kisah tersebut,dapatlah difahami bahawa akhlak yang mulia boleh memberi kesan kesan dakwah islamiyah. 

       2.Berani
Maksud berani di sini bukanlah berani membuta tuli tetapi di dalam jiwa mereka mempunyai kekuatan jiwa yang dalam.Tandanya ialah dia mempunyai kesabaran yang tinggi serta bersemangat bila diajak keluar di jalan Allah.Selain itu,mereka juga mempunyai sifat berterus terang,tegas dalam pendirian, tidak hiprokit dan berani mengajui kelemahan dan kekeurangan diri di hadapan Allah dan Manusia.


      3.Pemurah
Bebas dari sifat kikir, bakhil, rakus, tamak dan pentingkan diri sendiri.

     4.Cerdik
Ini dinilai dari sebuah hadis yang menyatakan umat islam tidak akan terjatuh kedalam sebuah lubang yang sama sebanyak 2 kali.selain itu,kisah seorang pendakwah (Abu hanifah kalo tak silap saya) menentang golongan athens (tidak percayakan kewujudan tuhan) bisa sahaja dijadikan contoh.


Alhamdulillah......moga apa yang kalian baca bisa dijadikan pedoman dan menguatkan hati kita semua untuk keluar di jalan Allah...Tak larat nak tulis lagi nie....mengantuk giler baban....hahahahaha...segala komen dan feedback boleh hantarkan kepada saya melalui blog nie...syukran... :-)

32 perkara yang dirahsiakan oleh Yahudi

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau
menyewa tanah di Israel?


2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang
ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara
automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak
puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?



3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang
menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna
khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?



4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur,
Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat
antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan
bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel
memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15%
sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara
realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di
Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di
daerah itu?



6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5
billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada
Israel?



7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan
bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan
tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada
seluruh Negara di benua-benua Afrika?



8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu
bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari
pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara
gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang
diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.



9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah
menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka
sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan
dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.



10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya
Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata
nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian
nuklearnya?



11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada
tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata
nuklear?



12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di
Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel
membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?



13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang
tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di
perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara
Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan
sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel
tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara
Islam?



14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara
yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang
diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam
mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?



15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel
menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar
tetap menjadi warga Negara itu?16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel
telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes
pembunuhan Shabra dan Syatilla pada



16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh
lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang
tua?



17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990,
seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus
di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari
jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan
tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari
pemerintah Israel?



18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988,
semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan
dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh
dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?



19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel
membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada
masyarakat Amerika dan Eropah?



20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti
radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti
itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan
yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari
Israel?



21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel
pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh
rakyat arab dari Israel?



22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel
Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel)
menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia
mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di
sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan
warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan
menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih.
Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada
warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya
hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk
menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “…



23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar
di dunia?



24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin
bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah
yahudi?



25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel
sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan,
tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang
Palestin dalam proses pemeriksaannya?



26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus
mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan
penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di
dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah
purata penduduknya.



27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai
hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan
pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama
sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan
ditandatangani oleh perikatan OSLO?



28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di
dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada
perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi
mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri
mereka?



29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara
penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga
hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?



30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri
Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu
contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan
senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak
rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling
memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada
dalam khemah pelariannya?



31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan
pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50
tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan
sendirinya?



32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan
Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid
seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?Israel sememangnye
jahat dan teruk

salam pengenalan

hye2...ni test jer...huhuhhu